Sunday 26 October 2014

meow~

Assalamualaikum..

Wahai blog. Sesungguhnya aku bosan! Puas sudah aku tatap wajah Leo. Sampai Leo pun dah penat menyanyi. Dari lagu lama ke lagu baru, aku ulang berpuluh kali. Huhu. Kalau di rumah (Johor), mungkin sudah pengsan kucing-kucing tersayang aku kejar satu rumah. Pantang lalu depan mata, mesti aku tangkap, peluk dan buli satu demi satu. 

Kucing-kucing aku tak terkira jumlahnya. Sekarang ada 10 ekor. Itu pun sebab banyak yang sudah kembali menemui Ilahi. Ada juga kucing-kucing jiran dan kucing-kucing liar yang suka bertandang ke rumah aku. Siap bergaduh rebut kawasan lagi. Padahal tu rumah aku kot? Haha. Kelakar bila tengok gelagat kucing-kucing aku ni. Kalau tiba waktu makan, semua macam zombi. Main serbu je dapur walaupun makanannya belum ada dalam mangkuk makanan. Habis terbalik semua barang dekat dapur. Serious! 

Oh ya! Kucing-kucing aku ada nama yang bolehlah dikatakan unik, comel dan entah apa-apa. Diketuai oleh Opet, Yaya, Ayong dan Damia (anak Yaya yang kedua), Migel (anak Yaya yang ketiga), Che Emo BB (anak Damia), Mita dan Miti (anak Yaya yang ketiga) dan dua ekor lagi yang baru lahir. Comel tak nama kucing-kucing aku? Entah apa2 kan? Itu semua idea kakak-kakak dan adik aku yang dekat rumah. Bila aku balik, mesti aku keliru nak panggil sebab namanya yang... 'over' gitu. Haha.

Ada beberapa kucing yang kami sekeluarga bela secara tak sengaja kerana kasihankan keadaan kucing tersebut yang sakit dan sebagainya. Contohnya; 'Stokin' dan Kuning. 'Stokin' suka lepak dekat rumah aku. Sekali dengan Kuning. Macam adik-beradik bila tengok. Makan, tidur dan main bersama-sama. Tapi sayangnya Kuning sakit. Mengikut doktor Global Pets, Kuning terkena jangkitan kuman dalam darahnya. Kami bela Kuning sampai mati. Tak lama lepas Kuning mati, 'Stokin' hilang. Puas kami cari, siap minta tolong kawan-kawan yang mana pernah jumpa dan bermain dengannya carikan. Sayang sangat dekat 'Stokin' dan Kuning.

Masa aku lower six, adik aku seludup kucing dekat sekolah kami ke rumah. Takut mak marah kononnya. Tapi mak berkenan. Mungkin sebab gelagatnya kot? Entahlah. Aku kurang pasti. Kucing tu kami beri nama Opet. Sekarang sudah jadi taiko ma. Tak nak duduk rumah. Balik rumah bila lapar je. Garang. tapi comel. Sayang sangat dekat Opet! Opet sangat mendengar kata. Kalau mak suruh jaga rumah, Opet akan tunggu dalam rumah sampai mak balik. Bila mak berkebun dekat luar rumah, Opet duduk atas tembok tengok mak buat kerja. Baik kan Opet ni? Hehe..

Ha! Ada satu keunikkan kucing-kucing aku ni. Apa dia? Haha. Kau percaya tak kalau aku cakap kucing aku tidak mengeluarkan bunyi 'meow'? Ha.. Percaya tak? 

Jeng jeng jeng..  

Adios~ 


'Stokin' dan Opet 

0 comments:

Dunia Cik Myma. Powered by Blogger.