Monday 20 October 2014

Back~









Assalamualaikum. 
Hi Blog!

Tahun 2014 hampir ke penghujungnya. Tapi aku baru sempat jenguk kau. Kasihan, kasihan dan kasihan. Tuanmu ini sibuk sejak masuk universiti. Hah? Universiti? Bila aku masuk universiti? Sudah setahun wahai blog tercinta. Aku terlupa nak beritahu kau yang aku dapat tawaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Wow! UMS?  Jauh betul! Dekat Semenanjung Malaysia sudah tiada universitikah? Tak kasihan dekat keluarga ke? Berani ke? Eh, cakap baik sikit. Aku berani ok? Haha. 

Sebenarnya, soalan-soalan tersebut merupakan antara soalan yang sering dilontarkan kepadaku sebelum aku menjejakkan kaki di Sabah. Semua mempertikaikan tawaran yang aku terima. Segala kecacatan dan kekurangan diungkit satu persatu. Masing-masing ingat aku tidak layak masuk UMS. Keluarga aku sahajalah yang memahami. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untuk memastikan aku pergi ke UMS. Emak paling sibuk menyiapkan kelengkapan untukku. Walaupun pada hakikatnya hati aku sudah goyah dek mulut-mulut orang yang disekelilingku. Emak sahajalah yang positif. Pesan emak sebelum aku berlepas ke Sabah, "Belajar sungguh-sungguh. Tunjuk dekat semua yang anak emak boleh berjaya". Sedih masa emak cakap macam itu. Sedih sangat-sangat. Huhu.

Tetapi, itu semua cerita tahun lepas. Sekarang sudah tahun 2014! Ini bermakna sudah setahun aku berada di Sabah. Sudah dua semester berlalu. Sudah banyak tempat aku jejaki. Err, Gunung Kinabalu? Belum daki lagi. Gayat~ Hehe. Aku cuma sempat pergi ke Taman Kinabalu, Dairy Farm dan Poring. Lain kalilah baru aku naik. 

Oh, lupa! Aku muncul semula sebab kehendak abah. Abah merupakan pensyarah subjek Teknologi Maklumat yang usianya lebih kurang dengan arwah Bak. Abah mahu kami ada blog yang aktif. Jadi, aku cari semula kau. Nasib baik jumpa. Kalau tidak.. Malasnya nak buat blog baru! 

Baiklah. Ini bermakna aku membuat kemunculan semula setelah setahun lebih menyepikan diri. Huhu. Bukan sengaja ok? Kau diam-diam sudah. Siap sedialah untuk luahan hati bahagian II, III dan seterusnya. Jangan bosan sudahlah ya? Sekian, terima kasih blog tersayang. 

Adios! 
  



0 comments:

Dunia Cik Myma. Powered by Blogger.