Sunday 23 November 2014

Memori~

Assalamualaikum..
Hi blog!
It's me. Again?
Haha =)

Tiba-tiba teringat dekat keluarga angkat aku yang berada di Kg. Kinapulidan, Ranau. Maklumlah, hampir setahun tidak berjumpa. Rindu sangat dekat Fifi. Rindu dekat ibu. Rindu dekat Irfan. Rindu dekat.. SEMUALAH!!! Ha.. Nampak tak betapa rindunya aku dekat mereka? Huhu.. 

Aku berpeluang untuk memiliki keluarga angkat di Sabah. Peluang yang tidak pernah aku duga. Peluang datang sekali seumur hidup aku. Siapa sangka? Alhamdulillah, aku diberi peluang ini. Apa yang penting, keluarga angkat aku sangat baik. Sungguh prihatin dengan keadaan aku dan Fikhin (kawan merangkap adik angkat). Makan dan minum kami dijaga sebaik-baiknya sepanjang kami berada di sana. Ingat lagi waktu itu. Ibu sanggup pergi pasar untuk beli ayam disebabkan anak angkat baru dia tak makan ikan. Haha.. Siapa lagi kalau bukan aku? Kesian ibu.. Terpaksa layan perangai aku yang kurang matang ini.

Ha! Satu lagi cerita pasal ibu. Ibu sangat mementingkan keselamatan aku dan Fikhin. Ibu sanggup tunggu program dan meeting kami habis. Padahal pada waktu itu sudah tengah malam. Ibu tunggu dekat luar dewan dengan kereta Myvi ungunya. Ibu cakap, 'bahaya malam-malam begini, banyak anjing'. Memang benar apa yang ibu kata itu. Kalau waktu siang pun ada yang dikejar, apatah lagi waktu malam. Ya tak? Haha.. Tuhan sahaja yang tahu..

Apa-apa pun, aku suka sangat dengan keluarga angkat aku ini. Aku layan mereka semua sebaik-baiknya sampaikan Fifi menangis dan pukul aku sebab tak dapat ikut balik UMS. Actually, dia teruja nampak bas UMS yang 'cantik' itu. Haha.. Penat pujuk dia. Ibu lagilah terkejut sebab dia boleh buat perangai macam itu. Hmm.. Kesian Fifi..

Disebabkan kekangan masa, aku masih lagi tak dapat menghubungi apatah lagi mengunjungi ibu di Ranau. Teringin sebenarnya nak jumpa ibu lagi. Rindu dengan Fifi! 


Irfan, Ibu, Fikhin, Fahmi dan Fifi




0 comments:

Dunia Cik Myma. Powered by Blogger.