Monday 24 June 2013

sekadar luahan hati . . .

disebalik kesibukan menjalani kehidupan seharian , saya hampir terlupa tentang Bulan Ramadhan yang bakal tiba . Ya Allah , sekejap saja masa berlalu . maknanya , ini tahun kelapan kami sekeluarga berpuasa tanpa kehadiran ayahnda tercinta . Bak (gelaran untuk ayah saya) pergi menemui Ilahi pada pagi yang sunyi , pada hari kedua saya menduduki UPSR (kertas matematik 1) . air mata menemani saya ketika menjawab kertas berkenaan . basah jugalah kertas itu kerana dihujani air mata yang tidak berhenti (saya simpan lagi kertas tersebut) . sesekali guru pengawas datang menghampiri kerana bimbangkan keadaan saya . kawan-kawan disekeliling juga turut melihat dari tempat duduk mereka . habis masa menjawab , saya terus dihantar pulang ke rumah oleh Guru Besar saya iaitu Hajah Laila . bayangkanlah betapa kelam kabut keadaan ketika itu sehingga beberapa guru lain turut sama menghantar saya . terharu saya =') . nasib baik saya sempat melihat dan mengucup dahi Bak buat kali terakhir . terima kasih kepada semua yang sanggup menunggu kepulangan saya . 

Bak pergi ketika saya berumur 12 tahun . jadinya , memori bersama Bak tidak banyak . saya tidak mampu mengingat sesuatu peristiwa bersama Bak melainkan ada gambar . ada gambar ingatlah , tak ada gambar tak ingat =( . kadang-kadang saya cemburu tengok kawan-kawan saya apabila mereka bersama-sama ayah mereka . saya terlalu cemburu sampaikan ada suatu ketika air mata jatuh tanpa disedari . mereka boleh berkongsi suka dan duka bersama ayah mereka sedangkan saya . . . hanya ada mak , abang , kakak serta adik . 

sejak pemergian Bak , saya takut untuk berjauhan dengan mak kerana saya bimbang mak akan pergi mengikut jejak Bak . hmm , Bak meninggal ketika saya sedang tidur . mak dan yang lain tidak mahu mengejutkan saya tidur kerana risaukan keadaan saya yang akan menduduki UPSR keesokkan harinya . Bak meninggal pukul 2 pagi . saya sedar pukul 6 pagi . sayang kan ? saya tak dapat tengok Bak saya pergi . sebab itulah saya tolak semua tawaran belajar yang saya dapat dari SBPI , Politeknik , KPTM dan UiTM . saya nak sentiasa dekat dengan mak .

sekarang , hanya surah Yassin dan Al-Fatihah yang mampu saya berikan untuk Bak . saya tak sempat bahagiakan Bak . keputusan cemerlang dalam UPSR pun saya tak sempat nak hadiahkan pada Bak . 

http://tellerbaru.blogspot.com/2013/06/memori-bak.html
Dunia Cik Myma. Powered by Blogger.