Monday 24 November 2014

VIXX~

Assalamualaikum.
Hi blog!

Aku jamin kau mesti pelik dengan tajuk entry kali ini. Haha. Kau pernah dengar tak tentang VIXX? Tak pernah? Hmm.. Nampak sangat kau berbohong =)

VIXX acronym for Voice, Visual, Value in Excelsis. Eh, speaking pula jadinya. Maaf ya blog. Aku kalau teruja terus speaking. Sebab itulah kurang kawan. HEHE. VIXX merupakan South Korean boy band yang paling aku suka! Bukan sebab kacak semata-mata tetapi aku lebih menghargai suara mereka yang merdu + lunak gitu! Kira kacak itu perkara kedua bagi aku. Aku jadi peminat mereka sejak awal lagi iaitu sekitar 2012.

VIXX dianggotai oleh enam orang jejaka tampan dan bergaya. Ceh! Poyo sungguh. HAHA. Diketuai oleh N (Cha Hakyeon), Leo (Jung Taekwon), Ken (Lee Jaehwan), Ravi (Kim Wonshik), Hongbin (Lee Hongbin) dan Hyuk (Han Sanghyuk). Ha.. Jangan ditanya mengapa nickname mereka berbeza dengan nama penuh mereka. Aku sendiri kurang pasti.

Antara enam ahli VIXX itu, aku suka sangat dengan Leo dan Ken. Aku suka lihat mereka bergandingan dalam setiap lagu mereka. High note yang tidak pernah sumbang setiap kali menyanyi secara langsung. Mereka berdua juga tetap bertenaga walaupun harus menyanyi sambil menari tarian yang amat rumit bagiku. 

Antara lagu VIXX yang aku suka;
1) Rock Ur Body
2) On and On
3) Hyde
4) Eternity
5) Error

Kelima-limanya lagu yang rancak dan tidak membosankan walaupun aku dengar berulang kali. Ini serius.. HAHA =P

Oklah, rasanya sudah tiba masa untuk aku ucapkan selamat malam blog. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Nanti aku datang balik eh? Haha.

Adios~

Ken, Hongbin, N, Hyuk, Leo dan Ravi =)



Dunia Cik Myma. Powered by Blogger.